TM R&D memeriahkan Perkampungan Sains Teknologi dan Inovasi sempena Minggu Merdeka

Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil pendekatan baharu dalam usaha menyemarakkan Hari Kemerdekaan ke-57 pada kali ini, melalui penganjuran Minggu Merdeka 2014. Program selama lima hari bermula 28 Ogos lalu, bukan sahaja sesuai untuk semua lapisan masyarakat, malah menawarkan pengalaman menyeronokkan di kesemua 11 perkampungan yang berlangsung serentak di sekitar ibu negara dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

TM R&D juga telah turut serta dalam program ini dengan mengetengahkan produk TM R&D iaitu “AURA ( Augmented Reality ) ” dan “LEILA (Long-term Evolution Internet Lighting)” di Perkampungan Sains, Teknologi dan Inovasi yang berlangsung di Laman Tuanku Abdul Rahman.

Dalam program ini orang ramai diberi peluang mendapatkan pelbagai input positif berkaitan dunia sains di samping menyaksikan kepelbagaian inovasi hasil daripada perkembangan teknologi.

You May Also Like

Shaping the Future, One Step at a Time

Shaping the Future, One Step at a Time

Learn More
Innovating with Purpose: Driving Digital and Smart City Solutions Together

Innovating with Purpose: Driving Digital and Smart City Solutions Together

Learn More
Driving Malaysia’s Digital Future with Metaverse Learning

Driving Malaysia’s Digital Future with Metaverse Learning

Learn More