MAMPU Open Data Hackathon 2015

Pada tarikh  10 hingga 11 hari bulan  September 2015, buat julung-julung kalinya, pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau MAMPU dengan kerjasama pihak Government Integrated Telecommunication Network (GiTN) dan Telekom Research & Development (TM R&D) telah mengadakan acara Hackathon berlandaskan data terbuka kerajaan bertempat di TM Innovation Centre, Cyberjaya. 

Berlangsung selama 33 jam, acara ini melibatkan lebih kurang 300 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan mahir di dalam bidang pembangunan perisian. Acara ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Yasmin Mahmood, Ketua Pengarah Urusan Multimedia Development Corporation (MDeC).

Acara Hackathon selama dua hari ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi peserta. Selain memperoleh kenalan baru, acara ini merupakan satu platform yang baik bagi meluaskan ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar pendapat serta idea.  Di samping itu pihak MAMPU juga mendapat manafaat dengan terhasilnya idea-idea dan inovasi terkini hasil ciptaan para peserta berdasarkan maklumat data terbuka kerajaan.

You May Also Like

Shaping the Future, One Step at a Time

Shaping the Future, One Step at a Time

Learn More
Innovating with Purpose: Driving Digital and Smart City Solutions Together

Innovating with Purpose: Driving Digital and Smart City Solutions Together

Learn More
Driving Malaysia’s Digital Future with Metaverse Learning

Driving Malaysia’s Digital Future with Metaverse Learning

Learn More