FIRA jalur lebar lima kali lebih tinggi

FIRA jalur lebar lima kali lebih tinggi

Kuala Lumpur: Permintaan untuk kelajuan internet yang lebih tinggi, peningkatan Kualiti Pengalaman (QoE) dan sasaran nasional untuk kadar penembusan jalur lebar membuka peluang baharu teknologi jalur lebar tanpa wayar untuk mengisi jurang yang ada.

Telekom Research & Development Sdn Bhd (TM R&D), cabang inovasi TM berada pada landasan kukuh menyediakan penggunaan jalur lebar berkelajuan tiga hingga lima kali lebih tinggi menerusi penyelesaian inovatif, Fast Internet for Rural Area (FIRA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Sharlene Thiagarajah berkata, sejajar Pelan Fiberisasi & Kesambungan Nasional (NFCP), pelanggan pra-Unifi dan bakal pelanggan yang berada dalam jarak atau lebih dari lima kilometer (km) dari stesen pangkalan 4G terdekat boleh menikmati jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi dengan menggunakan FIRA.

Katanya, FIRA adalah penyelesaian inovatif oleh TM R&D dalam menyediakan penggunaan jalur lebar berkelajuan tinggi yang menjimatkan bagi pengguna yang berada di kawasan luar bandar dan pinggir bandar yang tidak menerima capaian oleh Unifi atau fiber.

Artikel ini ditulis oleh Kartika Amri, diterbitkan oleh Harian Metro, bertarikh 22 September 2020

Scroll to Top