Forum Small Cell, Carrier WiFi dan WDM & Next Generation Optical Networking

Para Penyelidik TM R&D telah Dijemput ke Forum Small Cell, Carrier WiFi dan WDM & Next Generation Optical Networking di Singapura

Pada tanggal 21 dan 23 April 2015, para penyelidik TM R&D telah dijemput ke beberapa forum di Singapura sebagai panel dan penceramah utama. Penyelidik – penyelidik yang terlibat adalah Dr. Thavamaran Kanesan, Dr. Hizamel Bin Mohd Hizan dan kumpulan penyelidik bagi projek ‘Multi-Service Wireless Access Network (MWAN). Di antara tajuk-tajuk menarik yang dibentangkan adalah ‘C-RAN: Integration with Small Cells’ dan ’The Evolution of Optical Networking in Mobile Backhaul and Fronthaul Networks’.

Bagi tajuk ‘C-RAN: Integration with Small Cells’, topik-topik yang dibincangkan adalah seperti Bagaimanakah hendak memusatkan eleman fizikal C-RAN? dan Cabaran bagi ‘C-RAN Architecture’. Bagi tajuk ’The Evolution of Optical Networking in Mobile Backhaul and Fronthaul Networks pula, topik-topik yang dibincangkan adalah seperti Kenapa ‘Radio over Fibre’? dan Pembangunan ‘Radio over Fibre’. Penglibatan selama dua hari ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi para penyelidik TM R&D. Selain memperoleh kenalan baru, acara ini merupakan satu platform yang baik bagi meluaskan ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar pendapat serta idea.

Leave a Comment

Scroll to Top